Powered By Blogger

Monday, May 12, 2008

Madah cin-ta


ika ada sepuluh orang yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah pasti salah seorang daripada mereka adalah aku. Jika hanya seorang saja yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah tentulah orang itu adalah aku. Dan jika tiada sesiapa lagi yang mahu mengambil berat terhadapmu lagi, maka itu bermakna aku sudah tiada lagi di dunia ini.

Cinta adalah api. Namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangat atau menghangus hati kita.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah hingga cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.

Melafazkan cinta dan janji setia itu mudah. Mengotakan cinta dan janji setia itu susah. Cinta dan janji setia yang hancur buat insan parah.

Masa depan yang cerah selalu bergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang. Tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Yang pertama belum tentu yang terbaik, yang terbaik biasanya yang terakhir. Tetapi yang sukar dilupakan adalah yang pertama, sedangkan yang terakhir masih menjadi tanda-tanya.

Mencintai juga bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila dia berbuat kesalahan, melainkan bagaimana kamu memaafkan, bukanlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu mengerti, bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu rasa, bukanlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu bertahan.

Kesetiaan cinta ada kalanya teruji kerana desakan keadaan dan percaturan hidup. Sesungguhnya cinta memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit sebelum boleh dinikmati manis madunya cinta.

Cinta boleh runtuhkan bukit dan boleh tegakkan orang yang sudah bongkok.

Malang sungguh orang yang tidak pernah dicintai. Lagi malang kalau orang itu tidak pernah mencintai.

Cinta seperti menunggang basikal, sekali kita tahu menunggang kita takkan lupanya, biarpun sakit setiap kali jatuh namun,kita takkan serik untuk mencuba lagi.

Cinta itu satu duka dan bahagia yang tak terurai, satu penerimaan dan penolakan yang ganjil ~ A. Samad Said

Sebenarnya plot cerita cinta dalam berbagai-bagai peristiwa tetap sama, hanya pelakonnya sahaja yang berbeza.

Cinta itu sebenarnya sangat berharga dan kita perlu mengambil masa yang mencukupi untuk mengenali seseorang itu sebelum melafazkan kata cinta kepadanya.

Apalah erti cinta jika sekadar lafaz di mulut dan bukan datang dari hati.

Pernahkan anda mencari sesuatu barang yang diperlukan tetapi tidak berjumpa? Sebaliknya apabila barang itu tidak diperlukan, tanpa anda cari, ia ada pula di depan mata. Oleh itu, jangan terburu-buru mencari cinta


kerana ada kemungkinan ia akan datang sendiri kepada kita ketika kita tidak lagi memburunya.

Hidup memang memerlukan cinta, tetapi cinta bukan segala-galanya di dalam kehidupan.

Jika kita kecewa bercinta, jangan disalahkan takdir kerana Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Di mata kita mungkin ia satu keburukan, sedangkan ada banyak hikmah tersembunyi di sebaliknya yang tidak kita sedari.

Tidak salah untuk bersedih dan kecewa apabila putus cinta, namun jangan keterlaluan hingga berfikir serta bertindak keterlaluan dan bukan-bukan. Banyak lagi keutamaan lain di dalam kehidupan ini dan bukan cinta semata-mata.


No comments: